Wednesday, June 12, 2013

#CERITA 2: DIA TANPA NAMA


Dia tanpa nama.

aku melihat kelibat dia tanpa nama dari jauh
berlari-lari di jalan besar menghala ke pekan
kencang sungguh langkah yang diaturnya
seorang budak kecil sedang mengikutnya dari belakang
berambut ikal mayang berwarna coklat keperangan
bertoncet dua di atas kepala.
" Comel! " getusku sambil tersenyum.

Dia tanpa nama berlari di dalam kesibukkan penghuni pekan
sesekali dia melanggar penjual sayur juga si penjual pakaian
bertaburan isi bakul si penjual sayur
bersepah pakaian si penjual pakaian di atas jalan.

" MAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaf...... " dia tanpa nama menjerit sambil berlari.

terpegun seketika.
kerusi kayu ditarik perlahan-lahan ke arah tingkap
Aku melabuhkan pinggang diatasnya
aku memerhati gelagat dia tanpa nama berlari sambil menghirup segelas besar air milo sejuk yang telah tersedia.

dia tanpa nama melepasi pekan memasuki kawasan perumahan.
melompat melepasi pagar rumah buatan ayah sejak dua tahun lalu
memasuki perkarangan halaman di hadapan rumah
kini merempuh pula taman ros putih kesayangan emak.

Ros? " ohh. tiiiiiiiiiiddaaaak!! ," aku menjerit.

Aku berlari anak menuruni tangga di tingkat tiga menuju ke pintu masuk
sebaik sahaja tiba di tingkat satu
pintu hadapan telahpun terbuka
seorang lelaki berdiri di muka pintu.Tercungap-cungap.

" hai !" lelaki itu menyapa sebelum sempat aku bertanya.

dia yang berambut seperti choi minho,
bermata sepet seperti nickhun,
bergaya seperti lee minho,
tinggi seperti kwangsoo,
dan berkaca mata sedang berdiri di hadapan aku.
segalanya nampak PERFECT. aku terdiam sebentar.
kini dia sedang memberikan senyuman paling manis ke arah aku!

" hello. maafkan saya. muka awak merah. awak okey tak ni?"sambungnya sambil melambai-lambai tangannya di hadapan mukaku.

Aku tersedar dari lamunan. Alamak, malunya! "errr, saya.. saya ok je." balasku dengan suara yang gagap.

Dia gelak seketika melihat respon aku. Aku tertunduk malu.

Budak perempuan yang asyik memerhatikan kami dari tadi tiba-tiba mencapai tanganku. Aku tersentak.

" Hai. Saya Ain. Jiran baru awak. Ni abang saya,Fiqry. Hensemkan abang saya? Dia single lagi tau. Hahahaha" dia berbisik ke telinga ku.

" Oh,ok. selamat berkenalan. " balasku sambil tersenyum.

" oklah abang, jom sambung jogging.maaf ganggu. bye jiran. hihi." balas Ain sambil menarik tangan Fiqry dan berjalan keluar dari rumah.

Aku memerhatikan mereka berjalan beriringan keluar. Fiqry sempat berpaling ke belakang dan melambai. Tanpa ku sedari, senyuman terukir dibibirku.