Wednesday, March 27, 2013

kosong

Aku merenung komputer riba, sendirian.
menghabiskan kerja yang harus aku selesaikan
RIGKAS namun cukup mencabar pemikiran aku buat ketika ini
**rileks, cool down, berfikir dengan tenang.

 Aku meneliti jam , 11.23pagi
mana semua orang? aku bertanya seorang diri.
YA. tiada seorang pun yg berada di bilik masing-masing,
 lalu aku biarkan persoalan itu berlalu begitu sahaja.
  
Pantas aku gapai telefon bimbit yang setia di sebelahku
 melihat kalau-kalau ada pesanan/ ucapan untuk aku
TIADA

aku selalu dan terlalu berharap
mengapa berharap untuk sesuatu yang tidak pasti?
 tanya diri sendiri.

**Bip.Bip
Khidmat pesanan ringkas buat aku,
dari kekasih hati. **okey. AKU TIPU.

 aku terlupa, apa tujuan aku sebenarnya .

Sunday, March 24, 2013

# Review Cerpen:)


“Aku mengenalimu bukan sehari dua Zack.  Sudah terlalu lama kita berkawan. Aku tidak pernah mengharapkan persahabatan kita lebih daripada ini. Cukuplah sekadar kawan istimewa, yang selalu ambil berat pada aku. Kawan yang setia bersamaku saat aku memerlukan dia.”

- Nur Ain Mardiah -

Aku terlalu asyik bercinta hingga aku lupa orang disekeliling aku.
Dan engkau pasti telah banyak terluka dengan tindakkan aku. Maafkan aku kawan.
Andai aku tahu tentang perasaan kau kepada dia lebih awal lagi,
Aku tidak mahu menjadi penghalang kepada kebahagian kalian. 
Biarlah aku akan mengundur diri.
Berikan aku ruang untuk bersendirian.

-  Zafran Haikal -


 // Cerpen in progress:)
 Tajuk yang sesuai masih belum dapat difikirkan lagi.
Kisah digarap berdasarkan pengalaman sebenar,
juga kebanyakkan adalah tambahan dari cetusan idea sendiri.

Kisah ini TIDAK terlalu 'AIM' atau kaitan sepenuhnya kepada sesiapa.
cuma sekadar menjadi watak tambahan untuk membangunkan cerita.

 - DD -