Monday, April 15, 2013

#CERITA 1: segalanya yang indah ::

aku mendengar ngomelannya
seperti biasa
soal pendidikannya, jua soal kerjayanya nanti
mungkin dia stress
atau dia memerlukan teman untuk meluahkan segalanya
biarlah, luahkan semuanya padaku
kerna aku sudah terbiasa
menjadi pendengar yang setia
agar reda bebanan si dia.

sejam, dua jam, tiga jam
omelnya terus menerus tanpa henti
aku merenung tepat ke wajahnya
berharap dia memahami maksudku
aku letih, seharian menelaah untuk final
dan aku sedar
mata sepet itu turut melihatku.

lantas, dia berkata
"saya nak awak jadi permaisuri hati saya buat selamanya"
aku mengedip mata
melihat dirinya
seakan-akan tidak percaya
lalu diulanginya lagi perkataan itu
aku mencubit tanganku
oh tidak. ini bukan mimpi
aku mengemas buku
berlalu pantas menghala ke rumah sewaku

aku bersandar di sofa lembut
aku menekup muka
sudah lama perasaan aneh ini tidak bersarang dihati
namun aku tetap menidakkan
walaupun hakikatnya, aku tidak dapat melupakannya
aku terlelap seketika

bip. bip
khidmat pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit
aku tekan keypad nya
aku lihat sendernya

MUHD ZAIN

"Maaf Shila pasal hal tadi. saya TAK maksudkannya. saya ternampak orang yang saya suka, tapi saya tercakap kat awak. maaf."

tiba-tiba perasaan sedih menyelubungi diri
entah mengapa sakit sungguh hati ini
musnah impian
yang tinggal hanyalah harapan
harapan untuk terus dicintai oleh dirinya lagi.

ku capai diari milikku
lalu aku menulis di dalamnya.

Terima kasih ya Allah.
kerana engkau lahirkan perasaan indah ini.
Walaupun hanya untuk beberapa ketika
tetapi aku dapat merasai dan menghargainya.
aku berdoa,moga dia bahagia bersama pilihan hatinya.
Jika cerita Shila dan Zain terhenti setakat ini
Aku redha.










-
-DD-